Sunday, March 21, 2010

MUKADIMAH.. Kupanjatkan Kesyukuran Kehaderat - Mu


Asalamualaikum w.b.t...

Dalam kesibukan di dunia yang fana ini, Faris ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kehaderat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia - Nya Faris telah berjaya menghasilkan blog yang tidak seberapa ini. Selain itu, Faris juga ingin merafakan syukur kehaderat Ilahi kerana masih diberikan nafas, ruang dan peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaan - Nya ini. Walaupun begitu, waktu dan ketika ini bukanlah masanya untuk kita bergembira kerana di luar sana masih ada lagi mereka yang dilanda derita (Khususnya umat Islam). Contohnya seperti di Palestin, Patani (Thailand), Pakistan, Posso, Filipina dan lain - lain tempat lagi.

Seandainya anda yang melusuri blog saya ini beragama Islam, jangan kata yang anda tidak tahu apa yang berlaku kepada saudara - saudara seIslam kita... Jadi sebagai seorang Muslim, apa tanggungjawab kita??? Adakah kita sekadar duduk diam sahaja sehingga Islam lesap dari muka bumi ini??? Renung - renungkanlah...

"Stand Up For Islam, Step Up For Mosleem"

Islam For All...